1 2 3 4 5

Jumaat, 3 Mac 2017

PANDANGAN TENTANG KAUNSELOR

Kaunselor merupakan seorang yang mempunyai kelulusan dalam bidang Bimbingan & Kaunseling sama ada Ijazah, Master dan PHD. Di Malaysia Kaunselor di kawal selia oleh satu badan iaitu Lembaga Kaunselor Malaysia di bawah Akta Kaunselor. Kaunselor di kehendaki mendaftar dengan LKM apabila ingin menjalankan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling.

Mungkin ada berpandangan bahawa kaunselor hanya untuk mereka yang bermasalah sahaja dan berada di Sekolah, agensi kerajaan ataupun swasta. Sebenarnya banyak lagi fungsi Kaunselor yang tidak diketahui umum seperti Pemilihan kerjaya, Kaunselor Perkahwinan, untuk kanak dan remaja.Itu sebahagian tetapi Kaunselor boleh membantu sesiapa sahaja yang ingin di bantu oleh Kaunselor.

Oleh yang demikian, Kami ingin membantu ramai diluar sana terutamanya usahawan yang mempunyai fasa down,tidak bersemangat dan juga stres dalam menguruskan bisnes mereka. Kaunselor yang terlatih berbeza kerana mereka telah terlatih dalam bidang mereka tersendiri. Insya Allah satu perkhdmatan kami yang baru di lancarkan adalah Enterpenur Counselor.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi admin di talian 03 9107 0310

Tiada ulasan:

Catat Ulasan